7 Punca Kenapa Tayar Lori Selalu Pancit di Highway (Ramai Pemandu Tak Sedar!)

admin Avatar

Tayar lori pancit bukan sekadar menyusahkan — ia boleh hentikan operasi syarikat berjam-jam dan jejaskan jadual penghantaran. Setiap minggu, team Mr. Tyreman terima ratusan panggilan repair tayar lori pancit di highway seluruh Semenanjung.

Berikut ialah 7 punca sebenar yang sering jadi penyebab tayar lori pancit ketika perjalanan jauh.

    1. Tekanan Angin Tak Stabil

Tekanan angin terlalu rendah menyebabkan tayar cepat panas, manakala terlalu tinggi sebabkan permukaan haus tak sekata. Kedua-duanya meningkatkan risiko blowout dan breakdown.

    1. Muatan Melebihi Had

Bila lori bawa muatan berlebihan, tayar bekerja lebih kuat daripada kemampuan. Inilah punca utama panggilan kecemasan untuk repair tayar lori dari PLUS dan LPT.

    1. Tayar Botak & Tidak Diselenggara

Ramai pemandu tunggu sampai tayar licin baru tukar. Ini sangat bahaya, terutama ketika cuaca hujan

    1. Jalan Berlubang & Beralun

Jalur industri seperti Shah Alam, Puchong dan Nilai kerap sebabkan kerosakan struktur tayar.

    1. Valve Rosak

Valve tayar yang bocor boleh buat tekanan angin merosot perlahan-lahan.

    1. Tayar Celup Tamat Hayat

Tiada masalah guna tayar celup — tapi mesti ikut tempoh selamat.

    1. Suhu Panas Melampau

Musim panas boleh buat tayar cepat overheat

🚨 Bila Tayar Lori Pancit, Apa Perlu Buat?
    1.    Berhenti di tempat selamat
    2.    Pasang triangle & hazard light
    3.    Hubungi bantuan tukar tayar lori yang berpengalaman

👉 Mr. Tyreman sedia membantu 24/7, sama ada repair tayar lori, servis tukar tayar lori atau kecemasan di highway.

Klik sini untuk WhatsApp kami terus!