Tidak semua kerosakan tayar berpunca dari jalan atau cuaca. Banyak datang daripada tabiat pemanduan sendiri.
Berikut ialah kesilapan paling kerap kami jumpa ketika buat servis repair tayar lori.
1. Brake Mengejut
Buat permukaan tayar haus dalam bentuk “flat spot”.
2. Cornering Terlalu Laju
Struktur tayar sebelah akan cepat retak.
3. Parking Atas Permukaan Tajam
Paku, batu tajam & besi sering melekat tanpa disedari.
4. Tidak Periksa Tekanan Angin
Tekanan salah = nyawa tayar pendek.
5. Bawa Muatan Lebih Dari Had
Ini punca paling ramai fleet tak sedar.
6. Tidak Rotate Tayar
Tayar sebelah kiri & kanan haus tidak sekata → risiko pecah tinggi.
7. Tak Buang Ketulan Batu Pada Tapak
Ketulan kecil boleh menembusi lapisan tayar semasa memandu.
8. Memandu Dengan Tayar Hampir Botak
Ini bahaya — terutamanya waktu hujan.
Jika Tayar Sudah Rosak, Jangan Tangguh
Call Mr. Tyreman untuk:
• Inspect
• Repair
• Tukar tayar baru
Kami juga sediakan bantuan tukar tayar lori di mana-mana lokasi.


