Ramai pemandu lori tak pasti bila masa terbaik untuk tukar tayar. Ada yang tunggu sampai tayar meletup — sedangkan itu boleh dielakkan.Sebagai penyedia servis tukar tayar lori dan servis kecemasan di Malaysia, ini panduan paling mudah untuk anda follow.
1. Setiap 60,000 – 90,000 KM (Tayar Baru)
Bergantung pada jenama & kondisi jalan.
2. Tayar Celup Setiap 40,000 – 50,000 KM
Anda perlu pantau lebih kerap jika laluan banyak mendaki (contoh: Karak, Gua Musang).
3. Bila Nampak Tanda-Tanda Ini:
• Retakan kecil
• Haus tidak sekata
• Bunyi pelik ketika memandu
• Lori rasa bergegar
Kalau tanda-tanda ini muncul, sila buat inspection segera.
Kenapa Tukar Awal Lebih Selamat?
• Jimat kos jangka panjang
• Kurangkan risiko breakdown
• Elak panggilan kecemasan repair tayar lori pancit pada waktu tak sesuai
👉 Jika perlukan bantuan tukar tayar lori di lokasi anda, team Mr. Tyreman boleh datang on-site.


