Jenis-Jenis Tayar Lori & Mana Paling Sesuai Untuk Jalan Jauh?

admin Avatar

Pemilihan tayar lori bukan sekadar tengok harga. Setiap jenis tayar direka untuk laluan berbeza. Kesilapan pilih tayar boleh menyebabkan:
    •    Lori cepat pancit
    •    Blowout di highway
    •    Kos tayar meningkat
    •    Breakdown lebih kerap
Sebagai syarikat yang buat servis tukar tayar lori setiap hari, ini panduan paling tepat untuk pemandu & fleet manager.

1. Tayar Highway (Long Haul)
Khas untuk perjalanan jauh:
    •    Tahan suhu tinggi
    •    Struktur tebal
    •    Permukaan direka untuk rolling resistance rendah
Sesuaikan dengan pemandu yang selalu travel KL ↔ Johor ↔ Penang.

2. Tayar Regional
Untuk laluan bandar & industri:
    •    Banyak berhenti-gerak
    •    Banyak selekoh & simpang
    •    Jalan tak sekata
Digunakan oleh lori barang, lori kilang, lori supply.

3. Tayar Off-Road
Untuk:
    •    Ladang
    •    Tapak bina
    •    Kawasan berbatu
Sidewall jauh lebih tebal daripada tayar biasa.

4. Tayar Celup (Retread)
Pilihan ekonomi untuk fleet besar, tapi:
    •    Perlu ikut standard beban
    •    Perlu balancing kerap
    •    Tidak sesuai untuk long haul yang panas
Kami sering jumpa kes repair tayar lori pancit kerana tayar celup lama digunakan untuk perjalanan long-distance.

Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana?
Jangan risau.
Team Mr. Tyreman boleh datang ke lokasi untuk inspection & cadangkan tayar paling sesuai untuk lori anda.